Skip to main content

MINYAK IKAN BANTU KURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG KORONARI & KURANGKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum...

Tadi sedang belek-belek ALBUM GAMBAR dalam handphone dan tetiba terjumpa satu gambar !

Gambar apakah itu ?

Terkentut ke ? Eh TERKEJUT ke HEHE


SO, alang-alang dah terjumpa gambar ni, rasa nak share sikit pasal MINYAK IKAN.

Katanya, MINYAK IKAN BANTU TURUNKAN BERAT BADAN !

Betul ke? Okey, saya sambung lagi...

Kandungan asid lemak omega-3 dalam minyak ikan dapat meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam. Malah, ia juga turut merangsang enzim yang berperanan dalam penyingkiran lemak agar lemak dimanfaatkan sebagai TENAGA 💪


Maksudnya, lemak-lemak tadi terus dibakar supaya badan kuat sepanjang hari la kannnn.
Takde la moody je dan takde laaa nampak letih lepas bersenam kannn 😍
Sebab LEMAK sudah bertukar menjadi TENAGAAAAA !

Supplemen berasaskan MINYAK IKAN OMEGA 3 menjadi supplement SEMULAJADI yang EFEKTIF apabila kita bersenam setelah ambil SUPLEMEN ni 😘


SO, maksudnya kat sini, baguslah kalau kita amalkan penggunaan minyak ikan. Tak gitu? Mana nak dapatkan MINYAK IKAN?




Sedang google info on OMEGA, tetiba keluar news SINAR HARIAN pasal MINYAK IKAN. Dinyatakan bahawa,

"Selain ikan dan makanan laut, pengambilan supplemen OMEGA-3 juga membantu mengurangkan risiko berlakunya serangan jantung" - rujuk di sini.

Kalau rasa internet seperti merangkak, saya tolong salin kat bawah ni :)

...

"PENYAKIT jantung koronari merupakan penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia dan di seluruh dunia. Berdasarkan kajian statistik, setiap 15 minit, seorang penduduk Malaysia akan mendapat serangan jantung.

Di samping rawatan yang boleh diberi di hospital, pencegahan merupakan sesuatu yang lebih bermakna kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Berdasarkan kajian-kajian terkini, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Ia patut diamalkan sebagai satu suplemen harian yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu makan ikan secara kerap untuk mendapatkan sumber asid lemak Omega-3 melalui pemakanan harian.

Pengambilan Ikan

Asid lemak Omega-3 mula menarik minat saintis sejak beberapa dekad lalu kerana pemerhatian mereka mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding dengan masyarakat Eropah dan Amerika.

Ini kerana pemakanan mereka adalah kaya dengan asid lemak Omega-3 iaitu daripada ikan dan makanan laut yang lain, walaupun mereka amat kurang memakan sayur-sayuran.

Pemerhatian saintis di beberapa buah tempat di dunia seperti penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di barat. Penduduk di sini juga mempunyai amalan pemakanan ikan yang tinggi.
Asid lemak Omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting. Ia terbahagi kepada tiga jenis asid lemak utama iaitu Eicosa Pentanoic Acid (EPA), Docosa Hexanoic Acid (DHA) dan Alpha Linolenic Acid (ALA). Asid lemak Omega-3 ini bersifat anti keradangan, selain boleh mencegah pembentukan plak arteriosklerosis yang menyumbat saluran darah di jantung.

Ia juga boleh membantu mengawal paras kolesterol darah dan meningkatkan paras kolesterol baik iaitu HDL dalam darah.

Risiko Berkurangan

Banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega-3 dengan kesihatan jantung yang baik. Pada 8 September 2004, USFDA di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega-3 i(EPA & DHA) sebagai satu suplemen yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Pada tahun 1999 pula, pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung. Kesemua pesakit ini telah diberikan suplemen asid lemak Omega-3 sebanyak 1,000 mg setiap hari.

Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan terdapatnya pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45%. Kesan positif terhasil kesan daripada pengambilan Omega-3 yang diamalkan setiap hari selepas tiga bulan dan seterusnya.
Satu lagi kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study (The Diet and Reinfarction Trial), kaitan di antara makan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dengan pengurangan kadar serangan jantung untuk kali kedua adalah sangat kuat.

Dalam kajian ini, seramai 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu.

Semua pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29% di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan tersebut.

Dalam American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) pada tahun 2006, laporan menunjukkan kesan positif pengambilan asid lemak Omega-3 kepada kesihatan jantung.

Ia menyatakan bahawa berdasarkan laporan kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung di kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil suplemen Omega-3 setiap hari.

Kelebihan Omega-3

Pengambilan asid lemak Omega-3 memberi banyak kelebihan untuk kesihatan jantung iaitu mengurangkan risiko insiden serangan jantung, mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu, mengurangkan sakit dada (angina) pada pesakit jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.

Asid lemak Omega-3 amat penting untuk mendapat kesihatan jantung yang baik. Sumber utamanya ialah ikan dan makanan laut. Jika kita kurang makan ikan, maka kita perlu mengambil suplemen minyak ikan Omega-3.

Penggunaan minyak masak yang kaya dengan Omega-3 juga boleh membekalkan keperluan harian seseorang. Misalnya minyak canola, minyak flaxseed dan minyak kelapa sawit. Kacang walnut juga merupakan sumber yang kaya dengan Omega-3.

Bukan itu sahaja, pengambilan makanan yang ditambah dengan Omega-3 seperti telur dan susu juga boleh membantu anda mendapatkan keperluan Omega-3 harian anda.

*Dr Norman Mohd Norawi, Pengamal Perubatan Am Pengkhususan Perubatan Anti Penuaan dan Nutrisi

...

Kesimpulannya, Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA yang kaya dengan pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita. 

FUNGSI EPA 
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan 
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                

SO, apa pula TUGAS DHA ?
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

KELEBIHAN kita dah tahu. Fungsi EPA & DHA pun dah faham. Sekarang, kita pergi kepada KUALITI MINYAK IKAN pula. Umumnya, terdapat 4 KEFAHAMAN untuk memastikan MINYAK IKAN yang kita ambli atau amalkan itu BERKUALITI ataupun TIDAK ! 

4 PERKONGSIAN akan saya terangkan di bawah. In syaAllah membantu.

PERTAMA : SYARIKAT BERKUALITI

  • Tidak semua minyak ikan dicipta sama. Cari syarikat yang boleh anda percayai, dan memiliki sejarah pengeluaran berkualiti.  

KEDUA : IKAN KECIL ATAU IKAN BESAR ?
  • Sebilangan kecil toksin tidak ada masalah dalam ikan kecil. Oleh itu, apabila ikan yang lebih besar makan beribu-ribu ikan kecil, maka terkumpul lebih banyak toksin. 
  • Apabila kita bergerak ke atas rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi terjadi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil cenderung mempunyai bioakumulasi toksin yang rendah.


KETIGA : KESUCIAN & KESELAMATAN
  • Penyulingan molekul – proses yang meletakkan minyak ikan di bawah vakum – membolehkan Ia mendidih pada suhu yang jauh lebih rendah untuk melindunginya dari kerosakan. Ini membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat, yang membolehkan toksin menjadi apabila dikeluarkan. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa yang sedap.


KEEMPAT : KEMAMPANAN
  • Ikan adalah penting dalam diet kita. Kita mesti memastikan mempunyai sumber yang baik pada masa depan. Syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian kepada saiz populasi dan had tangkapan dan mengelakkan penghasilan minyak ikan pada masa bertelur untuk kelestarian bekalan jangka panjang.


Konklusinya, MINYAK IKAN sangatlah bagus untuk kesihatan dan sebaiknya diamalkan dalam diet seimbang. Persoalannya sekarang, mana kita nak dapatkan MINYAK IKAN ?

NO BIG WORRIES ! 

SEBAB shaklee ada mengeluarkan produk yang berasaskan MINYAK IKAN ;)

Produk itu adalah OMEGA GUARD !

Perasan tak tadi antara 4 KEFAHAMAN TENTANG PENGAMBILAN MINYAK IKAN ? OMEGA GUARD shaklee adalah TULEN !

KENAPA OMEGA GUARD ?



In syaAllah dengan pengambilan OMEGA GUARD SHAKLEE secara konsisten pasti membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Berminat untuk mencuba ?

Hubungi saya okeh ;)

SHIMAH | 014-530-6486

Comments

Popular posts from this blog

Period tak lancar ? Darah Haid tersekat-sekat ?

Assalamualaikum... Selamat Hari Jumaat yang Berkat 💛 "You are period!" - boss "Fired boss. Period tu saya..." - PA boss Sape pernah dengar dialog ni ? Hahaha. Ini laaa dialog daripada FILEM BINI-BINIKU GANGSTER lakonan Shaheizy Sam, Yana Shamsudin, Intan Ladyana dan lain-lain. OK. Sorry out of topic :') Seperti TOPIK kat atas tu, saya percaya ramai perempuan yang mengalami keadaan yang sama kannn.  Iaitu PERIOD TAK LANCAR ! Especially masa bulan puasa. Geram betul kann ? Mana taknya, hari ni keluar, esok pagi kering. Malam ada balik :( SO, hari ni saya nak share cara tradisional & juga moden untuk bantu melancarkan peredaran darah HAID. NAK MODEN atau TRADISIONAL dulu? Hmmmm. TRADISIONAL dulu laaa ekk 😅 TRADISIONAL,  Rebus halia sebesar ibu jari, sedikit asam jawa & sedikit gula melaka (sikit je, sekadar nak perasakan air rebusan. Selepas itu, rebus ketiga-tiga bahandengan 2 cawan air.

ANGGUR vs PARU-PARU.

Assalamualaikum... Selamat Malam Tahun Baru 2018 :) ANGGUR vs PARU-PARU ? Kenapa paru-paru ? Kenapa tidak hati ? Jantung ? Buah pinggang ? OK. Takyah pening-pening HEHE. Macam ni kalau kita perasan kan, bentuk buah ANGGUR sama dengan bentuk PARU-PARU iaitu ALVEOLI. Nasib baik dulu belajar BIOLOGI, SO takde laa rasa macam slow sangat masa baca satu artikel ni ;)  Dulu masa dalam kelas, markah su jek biologi meati paling rendah, pastu nangis sampai cikgu terpaksa bagi attention lebih ! Dalam kelas biologi selalu ngantuk.  OK, back to the topic ! Kekeke Dalam dunia ni, ada banyak jenis anggur TAPI yang pasti yang selalu kita beli dekat pasar opkos yang WARNA HIJAU & UNGU tu kannn. Anggur adalah tumbuhan beriklim sederhana yang banyak digunakan untuk membuat jus, kismis kering, minuman, wain dan macam-macam seseuai dengan permintaan. Tumbuhan anggur merupakan tanaman menjalar yang berbentuk bulat dan sesetengan berbentuk seakan membuju

IBU BERAK DENGAN LAWAS !

Assalamualaikum... Selamat Malam semua :) Hari ni rasa macam sedikit happy sebab nak share pengalaman ibu saya tentang masalah SEMBELIT beliau yang sangat teruk. Mungkin disebabkan FAKTOR UMUR atau pemakanan juga. Ibu saya berumur 65 tahun dan sering mengadu BELIAU MENGALAMI SEMBELIT SETIAP HARI ! Dan kami sebagai anak, kadang-kadang terfikir jugak nak bagi SUPPLEMENT SHAKLEE kepada beliau TETAPI apabila fikirkan tentang umur, better tak galakkan. SEBAB PERTAMA, UMUR. SO, orang-orang lama ni tak macam orang muda-muda, tahap kesihatan mereka sangat rendah. Mungkin tak semua. Tapi, umumnya begitu kan. Nak bagi supplement, bimbang beliau tidak cukup air dalam badan. Jadi, buah pinggang mungkin tak dapat proses dengan baik. SEBAB KEDUA, ibu saya mengidap DIABETES sejak 20 tahun lalu. Beliau dibekalkan dengan pelbagai jenis ubatan hospital.   SEBAB KETIGA, ibu saya disyaki ada masalah buah pinggang. SO, mana boleh minum air kosong banyak sangat kannn. Sedangkan, onc